LAMAN WEB RASMI MUZIUM SABAH Sabah Museum Official Website

-A A +A

MAJLIS PERASMIAN PAMERAN KHAS "DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA" DAN "MUZIK RETRO SABAH ERA 60-AN DAN 70-AN"

01 November 2018 to 28 February 2019

Pameran "Dirgahayu Tuan Yang Terutama" akan berkisar kepada program-program sosial dan kemasyarakatan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah. Manakala Pameran Khas "Muzik Retro Sabah Era 60-an dan 70-an" pula akan mengetengahkan aktiviti pengiat seni muzik tempatan dalam era tahun 1960-an dan 1970-an. Disamping itu juga pelbagai jenis alat muzik klasik dipamerkan.

Majlis Perasmian Pameran Khas ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1 November 2018, jam 11.30 pagi di Kompleks Muzium Sabah.

Orang ramai yang menyaksikan Pameran Khas ini bolehlah berkunjung ke Muzium Negeri Sabah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tiket masuk untuk pelancong asing ialah RM15.00 seorang dan untuk pelawat tempatan RM2.00 seorang.
 
 
Untuk Keterangan Lanjut:
 
Encik Evren Subal
Tel: +60 88 225033, 216606
Fax: +60 88 240230