LAMAN WEB RASMI MUZIUM SABAH Sabah Museum Official Website

-A A +A

PERASMIAN GALERI KERETAPI BORNEO UTARA

09 March 2017

Sejarah pembinaan landasan kereta api di Sabah (Borneo Utara ketika itu) bermula di Bukau pada tahun 1896, diketua oleh seorang jurutera Inggeris bernama Auther J. West, semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam British Borneo Utara. Perkhidmatan kereta api antara penyumbang utama kepada perkembangan sektor pertanian komersial di kawasan pantai barat dan pedalaman Borneo Utara. Memandangkan kepentingan sejarahnya, Muzium Sabah membangunkan sebuah galeri khas kereta api untuk membolehkan generasi sekarang dan akan datang, menghayati warisan sejarah kita. Galeri kereta api Borneo Utara akan dibuka rasmi pada tarikh ini.Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:Encik Dius KubudTel: +60 88 225033, 216606Fax: +60 88 240230Email: Dius.Kubud@sabah.gov.my