Muzium Rumah Bambu dan Watu Tinuridong

  • Admission fees

    Free

  • Opening Hours

    9.00 am – 5.00 pm daily

Muzium Rumah Bambu dan Watu Tinuridong terletak di Kg. Sunsuron iaitu 7.0km dari Pekan Tambunan. Tapak tersebut merupakan kubu masyarakat Sinsuron menentang Mat Salleh dan pengikutnya pada tahun 1900an kerana menceroboh dan membuat kekacauan di Kg. Sunsuron. Mereka menaikkan sebuah Batu besar ukuran panjang 2.13m, lebar 2.18m dan tebal 23cm kemudian  dikenali sebagai “Watu Tinuridong” untuk melindungi mereka atau “tingolig” dari serangan Mat Salleh. Manakala, “Rumah Bambu” di sebelah Watu Tinuridong  tersebut merupakan model rumah masyarakat Dusun di Kg. Sunsuron pada masa dahulu. 

Rumah tersebut dibuat daripada bambu keseluruhannya iaitu atap, dinding dan lantai kecuali rangka rumah dan tiang yang mengunakan kayu keras. Di dalam rumah tersebut pameran barangan yang digunakan kehidupan seharian pada masa dahulu. 

Tapak ini boleh di lawat setiap hari dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang secara percuma.

How To Contact Us

Correspondence Address

Muzium Warisan Keningau,
Peti Surat 2753, Jalan Kali,
Taman Mahathir,
89007 Keningau,
Sabah

Telephone

(+60) 087 339126

Fax

(+60) 087 339159

Contact Person

Encik Maxmillian S. Takong

Email

Maxmillian.Takong@sabah.gov.my, Muzium.Sabah@sabah.gov.my