Director's Message

"Pengarah"Assalamualaikum Warakhmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Muzium Sabah. Laman Web ini memaparkan peranan dan fungsi Jabatan Muzium Negeri Sabah dalam melestarikan warisan khazanah negeri. Tahun 2019 merupakan tahun bermulanya episod baharu kepada Jabatan Muzium Negeri Sabah dengan penekanan kepada usaha mencapai sasaran Petujuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) yang telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal pada tahun 2018.

Untuk Jabatan Muzium Negeri Sabah, KPI yang disasarkan adalah bagi mencapai Bidang Keberhasilan Negeri yang ke-9, iaitu aspek Warisan, Keagamaan, Kepercayaan Etnik dan Institusi Kekeluargaan. Penekanan pencapaian KPI ini adalah kepada usaha meningkatkan bahan-bahan koleksi Warisan Negeri (Warisan Ketara dan Warisan Tak Ketara) daripada 2,000,000 pada tahun 2018 kepada 2,427,357 menjelang tahun 2023.

Sehubungan itu, pelbagai program dan aktiviti telah pun dirancang dan dilaksanakan dalam rangka mencapai sasaran tersebut. Di samping koleksi artifak atau spesimen Muzium, koleksi warisan ini termasuklah juga semua koleksi video, audio visual dan fotografi yang bernilai sejarah yang akan menjadi tatapan generasi akan datang.

Selain itu, Jabatan Muzium Negeri Sabah juga akan memastikan warisan khazanah negeri ini sentiasa terpelihara dengan menguatkuasakan perundangan sedia ada, iaitu Enakmen Barang-Barang Kuno Dan Harta Karun 1977 (Pindaan 2006) dan Enakmen Warisan Negeri 2017.

Melalui moto “Warisan Kita, Legasi Kita”, kami di Jabatan Muzium Negeri Sabah mengajak semua lapisan masyarakat negeri ini untuk sama-sama melestarikan warisan khazanah kita.

Sekian dan terima kasih.

Arif Abd Hamid
Pengarah,
Jabatan Muzium Negeri Sabah

 

Assalamualaikum Warakhmatullahi Wabarakatuh,

Hello! Welcome to Sabah Museum Official Website. This website manifest the role and function of the Sabah State Museum Department in preserving treasures of the state. The year 2019 is the beginning of a new episode for Sabah State Museum Department with emphasis on achieving the target of Key Performance Indicator launched by Sabah Chief Minister YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal in 2018.

For the Sabah State Museum Department, the KPI targeted is to achieve the 9th State Area of Success, namely Heritage, Religious, Ethnic Beliefs and Family Institutions. The emphasis of KPI's achievement was on the efforts to improve the collection of heritage materials (Tangible and Intangible Heritage) from 2,000,000 in 2018 to 2,427,357 by 2023.

In this regard, various programs and activities have been planned and implemented in order to achieve these targets. In addition, this heritage collection includes all historical, audio-visual and historical collections that will be presented to the next generation.

The Sabah State Museum Department will also ensure that the state's heritage is preserved by enforcing existing laws, the Antiquities & Treasure Trove Enactment 1977 (Amendment 2006) and the State Heritage Enactment 2017.

Through the motto "Our Heritage, Our Legacy", Sabah State Museum call upon the public to equally preserve our heritage.

Thank you.

Arif Abd Hamid
Director,
Department of Sabah State Museum