Muzium Antanom terletak di tengah-tengah Pekan Tenom yang dahulunya kawasan tapak perkuburan orang europa atau “European Cemetery”. Muzium ini dinamakan Muzium Antanom sempena nama Pahlawan Murut iaitu Antanom atau Ontoros yang melawan penjajahan British atas sebab cukai kepala pada awal tahun 1900an. Pada tahun 2009, Jabatan Muzium telah mendirikan sebuah bangunan di tapak ini dan dibuka kepada orang awam untuk melihat pameran. Beberapa artifak dan kraftangan masyarakat Murut di pamerkan disini.
Muzium ini boleh dilawati setiap hari dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang secara percuma.
Muzium Warisan Keningau,
Peti Surat 2753,
Taman Mahathir,
89007 Keningau,
Sabah
(+60) 087 - 339126
(+60) 087 - 339159
Encik Maxmillian S. Takong
Maxmillian.Takong@sabah.gov.my, Muzium.Sabah@sabah.gov.my