Muzium Mat Sator terletak di Kg. Kapayan Lama atau 5km dari Pekan Tambunan merupakan tapak kubu pahlawan Mat Sator yang menentang penjajahan British pada awal tahun 1900an bersama Mat Salleh. Kubu ini telah di bedil meriam oleh pihak British dan kebanyakkan pengikut Mat Sator mati namun dia terselamat dari serangan tersebut. Pihak British Berjaya membunuhnya selepas Mat Sator menyerang penempatan British di Kudat.
Muzium Mat Sator di buka pada umum selepas dirasmikan pada tahun 3 Julai 2017 oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Ianya merupakan Muzium “insitu” yang menunjukkan bekas kubu yang masih jelas kelihatan. Muzium Mat Sator juga mempunyai Pameran sejarah Tambunan, peralatan pertanian, kraftangan, peralatan muzik dan gambar-gambar lama.
Boleh dilawati setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang secara percuma.
Muzium Warisan Keningau,
Peti Surat 2753, Jalan Kali,
Taman Mahathir,
89007 Keningau,
Sabah
(+60) 087 - 339126
(+60) 087 - 339159
Encik Maxmillian S. Takong
Maxmillian.Takong@sabah.gov.my, Muzium.Sabah@sabah.gov.my