Muzium Rumah Bambu dan Watu Tinuridong terletak di Kg. Sunsuron iaitu 7.0km dari Pekan Tambunan. Tapak tersebut merupakan kubu masyarakat Sinsuron menentang Mat Salleh dan pengikutnya pada tahun 1900an kerana menceroboh dan membuat kekacauan di Kg. Sunsuron. Mereka menaikkan sebuah Batu besar ukuran panjang 2.13m, lebar 2.18m dan tebal 23cm kemudian dikenali sebagai “Watu Tinuridong” untuk melindungi mereka atau “tingolig” dari serangan Mat Salleh. Manakala, “Rumah Bambu” di sebelah Watu Tinuridong tersebut merupakan model rumah masyarakat Dusun di Kg. Sunsuron pada masa dahulu.
Rumah tersebut dibuat daripada bambu keseluruhannya iaitu atap, dinding dan lantai kecuali rangka rumah dan tiang yang mengunakan kayu keras. Di dalam rumah tersebut pameran barangan yang digunakan kehidupan seharian pada masa dahulu.
Tapak ini boleh di lawat setiap hari dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang secara percuma.
Muzium Warisan Keningau,
Peti Surat 2753, Jalan Kali,
Taman Mahathir,
89007 Keningau,
Sabah
(+60) 087 339126
(+60) 087 339159
Encik Maxmillian S. Takong
Maxmillian.Takong@sabah.gov.my, Muzium.Sabah@sabah.gov.my