Muzium Tun Mustapha ini terletak di Jalan Lintas, Kudat. Jarak Muzium ke Pekan Kudat adalah 2 km, manakala jarak ke Lapangan Terbang adalah 5.1 km.
Muzium ini merupakan muzium yang pertama dibina di Kudat yang bertujuan untuk mempamerkan kisah hidup Tun Mustapha serta budaya dan sejarah yang terdapat di daerah Kudat.
Muzium ini terdiri daripada dua Galeri, di bahagian aras 1 menempatkan Galeri Budaya dan Sejarah di Daerah Kudat, manakala di aras bawah pula menempatkan Galeri Tun Mustapha. Terdapat juga Perpustakaan Mini yang terletak di aras 1.
Muzium Tun Mustapha,
Jalan Lintas,
89050 Kudat
(+60) 088 - 613630 / (+60) 088 - 613632
-
Cik Nuramira Nawatul Raini Mohd Yassin
Nuramira.MdYasin@sabah.gov.my, NurAdilah.Abdullah@sabah.gov.my, Museum.Sabah@sabah.gov.my